dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Semangar Dalam, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Gotong Royong

24 Disember 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Disember 2016, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan program Gotong Royong. Program ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dan saling membantu dalam kalangan penduduk di Kampung Semangar Dalam. Program ini berlangsung bermula dari jam 2.30 hingga 6.00 petang.

Aktiviti membersih dan mengemas adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak pengurusan dengan penduduk kampung. Selain itu, generasi muda dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan mengelakkan mereka melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat pada diri mereka. Pihak pengurusan juga menyediakan minuman kepada komuniti yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.